Tuesday, May 26, 2009

Penyejuk Mata (qurrata a'yon)

Sejuk mata emak ayah tika menolak daun pintu,
terpandang anak diatas sejadah, sujud menyembah Allah yang satu,
menadah tangan memohon ampun kepada Allah atas dosa emak ayah,
munajad dipertiga malam dengan linangan air mata,
sholat diawal waktu, wajah jernih dibasahi wuthu'
senyuman terukir dibibir, aurat terjaga,
mata memandang lembaran qur'an, lidah tertil membaca firman,

Sejuk mata emak ayah tika melihat anak
santun berbudi, lembut
bersalam mencium tangan, bertemu pipi
atok, mak char', mak ngah, mak dak, mak tam, mak lang, mak cik, mak su
ikhlas menolong membantu pabila bertemu,
bergurau, senyum dan ketawa,
menghormati dan menyalami sepupu, anak saudara,
sahabat emak dan ayah,

Sejuk mata emak ayah tika memandang anak
berpakaian mengikut syariat,
tidak bertindik disatu telinga,
berbakti
untuk agama dan warga,
sentiasa sehat, cergas, bertenaga.

Syima, Fadhli, Fikri, Fuad adalah permata,
buah hati emak dan ayah,
penyejuk mata.



PHARMACIST FIKRI, SETINGGI-TINGGI TAHNIAH.

4 comments:

  1. fuad, take note on rangkap ke 3...

    ReplyDelete
  2. A very nice and meaningful poem indeed.
    Anak yang soleh akan sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati. “Apabila matinya anak Adam maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali tiga perkara iaitu, pertama: ilmu yang bermanfaat; kedua: sedekah jariahnya; dan ketiga: doa daripada anak yang soleh".
    (Bukhari, Tirmidzi dan an-Nasaii)

    ReplyDelete
  3. bangah, kaklong rasa itu maksudnya bertindik lebih dari satu la .. haha. tidak bertindik di satu telinga tapi tindik banyak kira boleh la kan..?.. hehe.

    ayah, sorry ek.. saja gurau. :D
    ha ah fuad! take note rangkap ketiga tuuu...

    ReplyDelete