Monday, July 19, 2010

PANJAT

Jam Seiko hadiah harijadi dari anak-anak baru menunjukkan pukul 11 pagi, landrover yang akan mengangkut kami bersama beberapa pengunjung yang lain hanya akan naik Bukit Larut pukul 1 tengahari. Fikri dan mak dia lebih rela tunggu, aku rasa daripada tunggu baik panjat saja pelan-pelan, walaupun jaraknya lumayan juga kira-kira 10 km dari kaki bukit.
Dengan berbekal satu botol air mineral aku mula panjat, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi tepat.
'Wa maanyak kuat!' aku sapa seorang warga emas keturunan cina, nampak sungguh selesa dia memanjat.
'umur belapa sekalang'
'70 taun o' bangga betui dia jawab. Dia stop kat pondok 2 kira-kira 1.5 km dari bawah, aku terus memanjat.
Ramai dah mula turun. Tapi dalam perjalanan aku memotong sekumpulan anak gadis yang nampak keletihan memanjat. Dengar depa berbisik, coba nak bagi semangat kat kawan-kawan yang letih tu kut.
'Tengok tu, atok tu kuat'
Aku tengok keliling, tak ada atok yang lain.
Makin keatas makin sunyi, ada kawasan yang redup menyeramkan, takut juga terserempak dengan babi hutan atau binatang buas. Mana nak lari, kiri tebing menanjak, kanan jurang dalam dengan pokok dan semak tebal.
Terus panjat, tak rasa letih, kaki juga ok, cuma denyutan jantung agak cepat bila jalannya menanjak. Slow down sikit untuk normalkan balik denyutan.
Dah hampir satu setengah jam memanjat, perlu tiga jam jalan kaki untuk sampai Bukit Larut kata penjaga kaunter tiket.
Terus panjat.
Tiba-tiba rasa seram, tengkok rasa meremang. Remangnya tak hilang-hilang. Kata orang kalau rasa macam tu ada makhluk halus sedang perhati kita atau lebih seram lagi dok mengekori kita. Keadaan kawasan memang sunyi, redup dan menyeramkan.
Teringat waktu balik dari lawatan kerja keSarawak dulu, ada makhluk halus yang ikut balik ke rumah. Waktu tu terasa sakit di bahagian tengkok, mungkin makhluk tu dok bertenggek kat situ. Kemudian sakit tu berpindah kat isteri aku pula lepas dia tolong urutkan, barangkali dia lompat bertenggek kat tengkok orang pompuan pula. Alhamdulillah lepas jumpa Dr Zainal, makhluk tu balik semula ke Sarawak.
Tengok jam dah pukul satu, landrover dah bertolak naik ni. Aku menunggu ditempat yang agak landai supaya landrover mudah berenti.
'Apa berat sangat ni!' komplain pemandu landrover selepas aku naik.
Sah makhluk tu naik landrover sama-sama dengan aku.
Sampai diBukit Larut, aku habiskan air mineral dan buang bekas kosong dalam tong sampah sambil berbisik kat makhluk tu,
'Hang ikut botoi ni, jangan ikut aku balik'
Malam tu aku tiduq nyenyak, alhamdulillah. Harap makhluk tu dah dapat balik ke rumah dia.

Sunday 18 Julai @ 2 pm kami checked out dari Kamalodge dan balik.




sekali-kali seronok juga keluar jalan-jalan,
apalagi kalau ada yang sponsor.
Sapa nak sponsor ayah jalan-jalan ni?

5 comments:

  1. ayah, sure ke makhluk halus tu tak ngikut balik rumah?? hehe.. takutnya. moralnya, lainkali naik je landrover yang dah disediakan. ;-)

    ayah nak gi jalan2 ke mana?.. kalau within budget, we (syima, fadhli, fikri n fuad...hehehe..sukati kaklong je kan..) can sponsor..

    ReplyDelete
  2. Kaklong, dtg lah kota cinta ni

    ReplyDelete
  3. Its always nice to broaden one's horizon once in a while. Makhluk halus or not, a trip to an unfamiliar territory will ensure one brings home fond memories. Ziarah to appreciate Allah's creation is also an ibadah, even to the ever-inviting and delightful Kota Cinta. So when are we going ;)

    ReplyDelete
  4. dikja, kota cinta akan diselusuri dalam tempoh beberapa tahun akan dtg. Tak boleh dalam masa terdekat, melainkan ada yg sponsor. hehehe.. nak bwk pakteh n makteh lagi. byk tu nk kena bayaq.. ;-)

    ReplyDelete
  5. Jom.. kita buat family trip gi paris.. semua kumpul duit.. sponsor mak ayah skali.. :)

    ReplyDelete